Tutorial

TUTORIAL CARA SETTING APN CELCOM, DIGI, MAXIS, UMOBILE DAN LAIN-LAIN

Pernahkah anda tiba2 mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H+ walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan ‘3G‘ atau ‘H+‘. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau  Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yg dikenali sebagai APN.

                                                                 Signal penuh tetapi Paket Data tidak aktif, APN ditutup atau tiada konfigurasi


Ikon H sebelah ikon signal menunjukkan Paket Data sedang aktif & berhubung dengan pelayan (server) telco melalui APN

Untuk beberapa lama, saya menyedari bahawa salah satu halaman yang paling banyak dilayari di blog adalah mengenai topik bagaimana untuk membuat tetapan 4G  di Android dan ketika itu saya baru sahaja berkecimpung dalam dunia telekomunikasi Onexox & Celcom, sekarang saya fikir sudah tiba masanya untuk menulis jawapan baru tentang tetapan APN untuk semua telekomunikasi di Malaysia.

## Sila ambil perhatian bahawa semua maklumat tetapan APN di bawah diambil dari forum perbincangan dalam talian di seluruh Internet dan mungkin tidak lengkap atau sudah lapuk. Sekiranya anda mendapati maklumat yang tidak tepat sila beritahu saya di bahagian komen di bawah.

Apa itu APN?

Titik Capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yg menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco kad sim yg dimasukkan.

Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yg tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya ‘kosong’ dimana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco kad sim yg digunakan.

Nota ; Apabila suis data (Data Enabled) di buka/ dibenarkan , Kad sim ini akan merujuk konfigurasi APN yg tersimpan untuk sambungan pelayan (server)  telco bagi capaian Internet. Akses internet hanya berjaya jika alamat APN menepati pelayan (server) telco.

 

PANDUAN KONFIGURASI INTERNET APN

  1. Pergi ke Tetapan
  2. Pilih Rangkaian Mudah Alih
  3. Pilih Nama Titik Capaian (APN)
  4. Tekan simbol Tambah atau “+” untuk membuat APN yang baru
  5. Taip di ruang “Nama” dan “APN
  6. Simpan tetapan dan pilih APN Baru (ikut telco) sebagai tetapan utama.
  7. Untuk bantuan lanjut, “live chat” dengan kami melalui whatsapp ADMIN (klik disini)

atau

  1. Go to “Settings
  2. Choose “Mobile Network” or “Cellular Network
  3. Choose “Access Point Names
  4. Press “Add” or “+” button to change your APN.
  5. Type in the “Name” and “APN” fields.
  6. Save the setting and select APN that you have reset just now as default.
  7. For help, “Live Chat” with us via Whatsapp ADMIN (click here)

 

 

CELCOM

Android Internet  Setting

  • Name: Celcom 4G
  • APN: celcom4g
  • Authentication Type: Not Set

Android MMS Setting

  • Name: Celcom MMS 
  • APN: celcom4g

Iphone Internet & MMS Setting

  • APN: celcom4g
  • Username: blank (kosongkan)
  • Password: blank (kosongkan)
  • APN: celcom4g
  • Username: blank (kosongkan)
  • Password: blank (kosongkan)

 

DIGI

  • Name: Digi 4G
  • APN: diginet

 

MAXIS

  • Name: Maxis 4G
  • APN: max4g
  • Authentication Type: PAP

 

UMOBILE

  • Name: U Mobile
  • APN: my3g

 

ONEXOX

  • Name: XOX 4G
  • APN: xox4g

 

REDONE

  • Name: redone
  • APN: redone

 

UNIFI

  • Name: unifi
  • APN: unifi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *